Penglibatan politik Ceasar_Mandela_Malakun

Ceasar Mandela Malakun melibatkan diri dalam dunia politik sejak 2016,[5] di mana beliau telah menyertai Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua UPKO Bahagian Limbanak, Ahli Jawatankuasa Bahagian Penampang.[6] dan Pengerusi Biro Bencana Alam UPKO Penampang[7]

Namun begitu, beliau telah meninggalkan UPKO pada 2019 lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai pengerusi PPBM Sabah. Dengan ini, Ceasar menyertai Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah.

Ceasar Mandela Malakun menjadi Timbalan Ketua ARMADA Sabah dari 6 April 2019 hingga 25 Ogos 2020.[8][9] dan Ketua ARMADA Bahagian Penampang.[10][11] Beliau juga merupakan Ketua Penaja ARMADA Bahagian Penampang, dan menerima surat watikah perlantikan rasmi bagi jawatan ini pada 26 Mei 2019.[12]

Pada pemilihan ARMADA peringkat nasional,[13] Ceasar telah memenangi jawatan Naib Ketua ARMADA Nasional[14] dan lantikan Naib Ketua Biro Politik ARMADA Nasional[15] bagi sesi 2020 hingga 2023. Beliau juga merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[16][17].

Rujukan

WikiPedia: Ceasar_Mandela_Malakun http://pru14.bernama.com/news.php?id=1458605 http://pru14.bernama.com/newsbm.php?id=1460930 http://www.dailyexpress.com.my/news/135774/armada-... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-bel... https://www.astroawani.com/berita-politik/prince-c... https://my.linkedin.com/in/ceasar-mandela-malakun-... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/04/26... https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo... https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo... https://www.sabahgazette.com/ketua-armada-kota-bel...